Selasa, 26 Jun 2012

Saya doakan awak berbahagia bersama dengan si dia....=(

Assalamualaikum awak... klu tak jawab dosa,klu jawab awak bukan milik saya...;((
 
 Awak,saya dapat tahu hari ni awak dh ada yang teristimewa. saya doakan awak bahagia. boleh tak saya sukakan awak dari jauh?? saya janji takkan gangu hubungan awak dengan si dia.. saya suka tengok awk,rupa awak. tapi,sayangnya awak bukan milik saya dan itu takkan pernah terjadi dan awak akan menjadi kenangan yang terindah buat saya. semoga kita lepas ini akan terus begini. janganlah kita bertegur,janganlah kita menjadi sahabat kerana ia akan menjadi kenangan yang buruk buat saya..

cuma satu sya pinta awak,tolonglah jangan berdating depan saya. sebab saya takut untuk menghadapinya. saya takut saya rebah dan tak berani bangkit untuk menghadapi kenyataan.

terima kasih awak kerana mengajar saya mengenai cinta walaupun dari jauh. saya sukakan awak dan itu akan menjadi kenangan yang terindah dalam hidup saya. undanglah saya pada hari persandingan awak. insyaAllah saya akan datang bersama hati yang hampir lebur tetapi saya akan tabah menghadapinya. biarlah saya sakit seorang tetapi melihat awak bahagia ia akan menjadi ubat yang paling mujarab bagi saya..

terima kasih awak sekali lagi saya ucapkan kerana membenarkan saya menyukai awak dari jauh. semoga awak bahagia. dan awak,janganlah kita berkawan kerana ia akan lebih menyakitkan hati saya kerana saya tak kuat untuk menghadapinya...

yang menyukaimu dari jauh,Farah Nadhirah

p/s:saya sukakan awak sgt,sumpah!! tapi saya akan lepaskan awak pergi bersamanya...;'((



Isnin, 25 Jun 2012

Izinkan aku menyukaimu dari jauh...

mesti korang tertanya-tanya siapakah lelaki yang malang telah aku suke tu.. kisahnye brmula dari mimpi.. aku termimpikan si dia. dalam mimpi tu dy cakap dy suka aku.. bila bangun aku hanya mampu beristighfar dan mengucap kerana sebelum ni.. aku tak pernah bertegur dgn dy. walaupun kitaorang knal since orientasi form 6. kami tetap tak pernah bertegur. dgn member dy yg lain aku tegur je walaupun baru knl.. cume dy je yg tak pernah aku tegur... sebenarnya aku sangat susah untuk ingat mimpi aku. tapi sejak termimpikan dia,.. aku boleh reply balik mimpi tu. dan aku boleh cerita sebijijk-bijik.. apakah petanda ini??


tapi aku yakin hanya aku seorang yang bermimpi dan mempunyai feeling sebegini... tak pew.. bialah aku menyukainya dari jauh.. itu sudah mencukupi bagi aku.. siapa lah aku dihatinya kan.. seorang budak luar yang dia tak pernah kenal,tibe-tibe cakap suke kt dia.. mmg muka tak malu aku ni kan...huhu. tapi awak.. izinkan lah saya untuk mengenali awak walaupun sebagai kawan.. boleh??

huh! sungguh susah untuk aku melupakan perasaan ini.. sebelum ni aku tak pernah ad perasaan yang sebegini.. tapi sejak dari mimpi tu.. aku jadi bedebar apabila beselisih,bertentang mata, belum lagi bercakap mampu pengsan aku dekat citu kan... tapi aku berjanji akan menyukainya dalam senyap.. dan akan menjaga maruah dia sebaik mungkin supaya dia tidak malu dengan aku..

awak mungkin lelaki yang saya cari.. tapi mungkin saya bukan perempuan yang awak cari.. mungkin bagi saya awak empunya tulang rusuk saya ni. tapi mungkin bagi awak, saya bukan pemegang tulang rusuk awak ni. muka awak handsome,dan tak sepadan dengan saya. saya seorang yang biasa-biasa tapi mungkin awk luar biasa orang nya.. 

tapi satu je permintaan saya untuk awak... izinkan saya menyukai awak dari jauh,izinkan saya mengenali awak sebagai seorang kawan sudah cukup bagi saya.. saya janji akan senyap dan tak kan bagi tahu awak yg saya suka kan awk,dan saya pernah mimpi kan awak.. semoga kita terus menjadi sahabat untuk selama-lamanya walaupun saya hanya mampu menyukai awak secara jauh.. terima kasih awak klu awak bagi peluang untuk saya menyukai awak dari jauh..terima kasih

yang ikhlas,Farah Nadhirah Md Lazi..

Rabu, 13 Jun 2012

Modular System for STPM 2012

Breaking ‘old’ news for small heart with big attitude : For those who did not know about the modular system proposed for STPM 2011, it has since been changed to be implemented in 2012. So for those who will enter Lower 6 in 2012, take note of this news and share this post from small heart with big attitude with your friends. 

Modular System for Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2012
kementerian-pelajaran-malaysia
  • What: New grading system for STPM examinations
  • When: To be implemented in 2012
  • Explanation of the modular system:
  1. The modular system will have its assessment conducted at the end of the semester.
  2. Each of the three semesters will have assessments.
  3. The motivation behind this move is to mimic the continuous assessment in typical tertiary education institutions.
  4. Coursework and school-based projects will also be assessed.
  5. Only lower six students will be affected.
  6. The content of the STPM syllabus however will stay the same.
  7. This new announcement by Deputy Education Minister Datuk Dr. Wee Ka Siong will overwrite those made in 2009.
So what’s your say on this modular based system? Is this a move forward or a step backwards? How will students cope with this new rules? Drop your comments at small girl with a big attitude to have your say, i will love to hear them.

Jumaat, 11 Mei 2012

8 Jenis Fesyen Tudung Pelik Di Malaysia

Tudung merupakan salah satu cara untuk menutup aurat kepala bagi wanita. Terkini terdapat 8 jenis jenis dan fesyen tudung pelik yang boleh didapati di Malaysia.


Fesyen tudung. Siapa yang tak ambik tahu pasal fesyen tudung kontemporari dan terkini? Kalau tak ambik tahu pasal fesyen tudung, jom baca kat sini. Yang memang ambik tahu pasal fesyen tudung terkini, digalakkan untuk baca. Mungkin anda terlepas pandang fesyen tudung yang beredar mengikut aliran zaman. Berikut merupakan jenis dan fesyen tudung yang boleh kita dapati di Malaysia. Bunyinya agak pelik, tapi inilah hakikatnya. Fesyen tudung menarik ini menjadi gilaan ramai wanita kini.

1. Tudung Nasi Lemak


Pernah tengok nasi lemak ikan bilis? Kat daun pisang tu, ada sedikit terbuka dan menyebabkan ikan bilis tu terkeluar kerana daun pisang tak menutup rapat bungkusan nasi lemak tu. Sebab tu fesyen tudung ni dinamakan ‘Tudung Nasi Lemak‘.

2. Tudung Bukit


Memakai tudung, tapi kedua-dua bukit ditayang dengan sengaja untuk tatapan percuma. Ini lah dinamakan tudung bukit. Tak kisahlah apa saiz bukit tu. Tetap nak tayang percuma jugak. Bila diperhatikan, bangga sampai hidung kembang semangkuk. Alahai, mudahnya bagi tayangan percuma. Kalau dah bagi tayangan percuma, nak bagi apa kat suami nanti? Suami anda setaraf dengan orang asing kah sampai apa yang suami anda sahaja yang berhak lihat, anda sudah tayang percuma kepada orang lain.

3. Tudung Sarung Nangka


Pakai tudung ketat sampai menampakkan segala yang ada di kepala, sehingga menampakkan bentuk telinga sekalipun. Kalau kat telinga tu ada 7 subang, semuanya nampak bentuk. Inilah fesyen tudung sesat yang dinamakan tudung sarung nangka yang semakin menjadi aliran muslimah masa kini. Ikut artis katakan…

4. Tudung Alien


Dinamakan tudung alien, sebab kepala si pemakai tudung ini memang sebijik dengan kapala alien. Tudung ini juga dikenali sebagai tudung bonggol unta.
Maksud hadis: “Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni Neraka yang belum lagi aku melihat mereka. Pertama, golongan (penguasa) yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor Iembu yang digunakan untuk memukul orang. Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang, berlenggang lenggok waktu berjalan, menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka (sanggul di atas kepala mereka) bagaikan bonggol (goh) unta yang senget. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya” [HR Muslim]

5. Tudung Papa Kedana


Kebanyakan yang pakai tudung papa kedana ni adalah golongan minah rempit sekolah. Pakai tudung sebagai syarat masuk sekolah sahaja, bukan ikut hukum syarak. Masakan tidak, tudung singkat sampai nampak tengkok. Love bite kat leher pon boleh nampak. Mungkin terlalu papa kedana sampai tudung yang labuh sikit pun tak mampu nak beli. Bukan papa kedana bab ekonomi, tapi lu fikirlah sendiri…

6. Tudung Siput


Ni, tak tau nak terangkan macam mana bentuknya tudung siput ni… Tak terkata. Fesyen? Entah… Mungkin pembaca lebih arif. Macam fesyen Lady Gaga pun ada gak ni. Pelik betul…

7. Tudung Retis


Ini satu masalah besar lagi. Tudung retis yang artis ni pakai, mesti jadi ikutan para remaja, seolah-olah artis ni adalah seorang nabi untuk dijadikan ikutan. Alahai artis, berhentilah kalian daripada terus memesongkan ummat daripada ajaran Islam yang sebenar. Pakai la tudung yang elok-elok macam Wardina ke, Isma ke.

8. Tudung Muslimah


Inilah tudung yang benar-benar menyejukkan mata memandang. Mengikut hukum syarak, tidak menonjol, sopan, dan tertib. Tudung muslimah ini tidak jarang, tidak ketat, dan menutup dada :)
Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. [ TMQ an-Nur(24):31]


Sumber: Soutul Mujahid via Kumbang Jingga | Layari Koleksi Informasi Menarik Melayukini.net

Jumaat, 27 April 2012

kemana harus ku tuju...??

Assalamualaikum klu x jawab dosa, klu jawab korang awesome..+)

rsult spm dh kluo,kputusan tingkatan 6 pon dh kuo,matrix pon dh kluo. tapi aku hnye dpt form 6.. matrix xdpt.. aku redha. sebenarnye kli nk i nk ckp about my futher studies. dimana?? ambik course ape?? nk jadi ape?? itu persoalan sekarang ni.. cita2 nk jadi cikgu sejarah. mengambil idola aku sebagai role model membuat kan aku wajib,harus,kena masuk form 6.. 

but! ad mulut2 longkang yg membuatkan aku down sikit.. sikit jelah kn.. mereka kata "membazir kot form 6","kng klu kantoi stpm cm ne??" dsb. xsangup nk cerita.. sedey rase nih... owh pening kepala dh. kemana harus ku tuju?? upu x kluar lagi. tapi bila upu kluar pon xad course sastera pon.. cm ne aku nk jd cekgu sejarah.. bantulaah aku..

dgn ucapan bismillah,aku menerima tawaran ke tingkatan 6. kerana aku yakin dn ini sbgai pngajaran aku krn main2 time spm dlu..=) dengar kabor ramai bdk2 nk msok form 6 gek. tp itu semua tdk menjejaskan aku... fokus untuk stpm.. untuk menjadi seorang cekgu sejarah...insyaAllah..

akhir sekali,kpd semua bkal siswa&siswi yg masih mencari2,meraba2  masa depan anda.. pastikan memikir dgn betol. dn buat pilihan yg tepat dgn khendak kita.. cuma stu je. jgn lupa mintak restu dr ibu bapa kita. solat 5 waktu,solat istikarah dn perkara2 wajib dn sunat yg lain..InsyaAllah kita akan diberi kejayaan dimasa akan datang...

selamat berjuang my dear..:D


Ahad, 8 Januari 2012

Aku belum tentu lagi menikahi lelaki yang aku cintai, tetapi aku akan mencintai lelaki yang aku nikahi



Semalam aku tidur awal. bajet penat sangat. kehkeh. tapi memang pun. sebab aku tengah demam. antibody semua dah ke laut perginya. apa-apa pun terima kasih lah kepada incikk demam sebab sudi melawat. aku terharuu. sobsob.

Bangun tidur aku pun slumber je bukak tudung saji then makan nasik goreng belacan buatan emak aku. perghh. terbaik. tambahan pulak ada perisa tambahan air liur basi sendiri di kiri kanan pipi. lagi lah berselera. apa? kau mampuuu? kohkoh.

semalam di sebabkan rakus sangat tidur, aku pun sampai bermimpi. mimpi peliks. tak pernah aku mimpi macam tu. mimpi kena patuk dengan ular. ular apa aku pun tak tahu ler. yang pasti warnanya kuning/putih. seremmmmm nii.pastu aku pun refer lah dekat embah aku, kata embah aku kalau ikut cakap orang-orang zaman dulu maknanya ada orang nak masuk meminang.

pastu, aku pun pergi lah search dekat pak cik google then aku jumpa benda alah ni;

Tafsir Mimpi:

@ Jika belum menikah dan mimpi digigit ular:
Alamat akan segera mendapat pasangan / jodoh.

@ Jika sudah menikah dan mimpi digigit ular:
Alamat akan memperoleh kemakmuran hidup.

@ Mimpi melihat ular:
Akan disukai orang ramai.

@ Mimpi melihat ular kecil yang tiba-tiba berubah menjadi naga:
Alamat akan ada orang besar menolong anda.

@ Mimpi melihat ular berwarna:
Alamat akan memperoleh kebahagiaan.

Tapi ada pulak yang cakap mimpi ular tu petanda buruk. kiranya ada orang yang sakit hati dengan kita then mintak pertolongan dari pengamal ilmu syirik. dalam erti kata yang mudah kira orang nak hantar sihir dekat kita lah if kita mimpi ular.

wallahu a'lam.

tapi kan, meminang? aku? hahaha. macam kelakar pulak. tapi andainya betol, kepada encikk bakal suami. sila fikir 100 kali sebelum pinang aku. kehkeh. pastu maybe bakal suami bolehlah baca Entry ni. sebab ada pasal my dream wedding. kehkeh. get ready lah encikk bakal suami!

tak pun boleh lah ohsem-ohsem semua refer dekat entry ni, Petanda jodoh kita. benar atau tak, hanya allah yang tahu kerana jodoh tu rahsianya. kita cuma mampu merancang. yang menentukan, tetap yang dekat atas tu :)

Jumaat, 23 Disember 2011

ingin berniqab?? tapi....

Assalamu'alaikum..haaa..pagi lagi celik je terus bukak laptop! Then terdetik hati untuk membaca artikal niqab@purdah dalam blog usrah..so,lepas tu terfikir nak tanya pak cik google cara-cara nak buat purdah. FN pun search, alhamdulillah jumpa! ^_^
InsyaAllah akan cuba buat nanti..=)))


FN sebenarnya memang teringin nak memakai purdah! Puas FN cari di kedai-kedai tapi,tapi tidak ada! susah nak jumpa..=)) FN pun ada tanya cikgu menjahit FN, tapi dia kata dia tak tahu..dan dia perlu tengok contohnya, baru dia boleh buat.. Dan ingat lagi masa abang naza nak belikan purdah untuk kaq zehan, FN ada pesan belikan untuk FN tapi time tu stock dah habis, ketika itu harapan FN hanya pada dia..hihihi..tapi takda rezeki, maybe belum masanya lagi..~itulah hujah FN! Tidak dipilih lagi oleh-NYA untuk memakai purdah!

Pernah juga FN menyatakan hasrat pada mak untuk memakai purdah, kemudian mak tanya untuk ape? macam hantu jer? agak kecewa dengan jawapan itu dan FN kira mak hanya bergurau,dan maybe mak tak tahu hikmah disebalik memakai purdah! Walaupun begitu, FN tidak malu juga mengirim ole-ole [purdah] dari mak cik yang pergi menunaikan umrah! hihihih..=)) namun begitu FN juga tidak terlalu mengharap kemungkinan besar mak cik tak akan membelinya oleh kerana,mungkin mak cik akan mengalami kesukaran untuk berkomunikasi dengan peniaga disana..wallahu'aklam..sama-samalah,doakan yang terbaik untuk FN..(n_n)

**terkesan dengan ayat Imam Nawawi~FN juga tertarik padamu kerana agamamu,=))

So, harapan FN untuk memakai purdah hanya pada seorang suami yang soleh, yang menginginkan [mengizikan] isterinya untuk memakai purdah@niqob. InsyaAllah. =))
Means, selapas kahwin la kot..baru berkesempatan untuk memakai purdah,! amin..

oh~yer! apa hikmahnya apabila seseorang muslimah itu memakai purdah? Kalau ditanya pendapat FN la~
FN rasa sangat selamat dari segala fitnah, insyaAllah! sebab apa? apabila kita menjaga aurat kita secara sempurna, insyaAllah..Allah pasti akan menjaga kita dari segala kejahatan! Means,apabila kita berpurdah,automatically kita akan terdorong untuk tidak melakukan perkara-perkara yang boleh membawa kita kearah kemungkaran! insyaAllah..

contohnya: [maaf,FN agak lemah utk memberi contoh-so harap dapat terima]
**Kita tidak akan mudah untuk mendekati akhowat secara sembarangan, apatah lagi berjumpa berdua-duan.Bukankah itu akan mengundang fitnah??

**Kita juga akan mempunyai rasa malu yang menebal dalam diri untuk bercakap dengan orang yang bukan muhrim.

**last but not least-apabila kita berpurdah...maybe lisan kita aka terjaga! sebab ape?? bila kita berpurdah, maybe kita akan lebih banyak diam daripada bercakap! am i right? so, secara tidak langsung..kita boleh menjaga pertuturan kita daripada bercakap perkara yang sia-sia..insyaALLAH!

[ oh-yer baru teringat hujah yang kuat-mengapa FN nak memakai purdah? sebab FN sangat malu untuk berhadapan dengan orang,lebih-lebih lagi jika perlu buat presentation! so, apabila berpurdah, rasa malu untuk berhadapan di khalayak ramai akan kurang kerana..orag tidak akan mengenali muka kita dan hannya mendengar suara sahaja..=))) ]

FN suka contoh yang ketiga tu [hihih-buat cotoh sendiri-dan suka sendiri-hihih-malu!! ^^']
a.

so, lepas ni kalau korang dah sambung belajar di universiti, FN pasti, korang mmesti akan rinndu dengan cerita2 FN..hihihi FN xde kat blog pun korang dah bising..haha,lepas ni xdapat la nak dengar cerita FN lagi..oh~ SUNGGUH FN betul-betul sayangkan korang kerana Allah. Semoga ukhuwah yang dibina ini berkekalan hingga ke syurga..=))) aminnn!
So, moral bagi contoh yang ketiga: FN harap dapat kurangkan bercakap perkara-perkara yang lagho jika FN berpurdah suatu hari nanti-insyaAllah!

**mari hayati bait-bait ini..=))

Now, FN nak berhenti dah ni.."ok guys! I have to go"..actually..entri sepatutnya ringkas kerana FN just nnak bagi link "cara-cara nak buat purdah" tapi apabila dah buka cerita ni..dia jadi panjang!! i'm sorry-thankz for reading!
so, jika anda pengunnjunng blog ini ingin belajar nak buat purdah boleh la ke link ini---->


gud luck dear..^_^
c u later
wsalam..