Tudung
merupakan salah satu cara untuk menutup aurat kepala bagi wanita.
Terkini terdapat 8 jenis jenis dan fesyen tudung pelik yang boleh
didapati di Malaysia.
Fesyen tudung. Siapa yang tak ambik tahu pasal fesyen tudung kontemporari dan terkini? Kalau tak ambik tahu pasal fesyen tudung, jom baca kat sini. Yang memang ambik tahu pasal fesyen tudung terkini, digalakkan untuk baca. Mungkin anda terlepas pandang fesyen tudung
yang beredar mengikut aliran zaman. Berikut merupakan jenis dan fesyen
tudung yang boleh kita dapati di Malaysia. Bunyinya agak pelik, tapi
inilah hakikatnya. Fesyen tudung menarik ini menjadi gilaan ramai wanita kini.
1. Tudung Nasi Lemak
Pernah tengok nasi lemak ikan bilis? Kat
daun pisang tu, ada sedikit terbuka dan menyebabkan ikan bilis tu
terkeluar kerana daun pisang tak menutup rapat bungkusan nasi lemak tu.
Sebab tu fesyen tudung ni dinamakan ‘Tudung Nasi Lemak‘.
2. Tudung Bukit
Memakai tudung, tapi kedua-dua bukit ditayang dengan sengaja untuk tatapan percuma. Ini lah dinamakan tudung bukit. Tak kisahlah apa saiz bukit
tu. Tetap nak tayang percuma jugak. Bila diperhatikan, bangga sampai
hidung kembang semangkuk. Alahai, mudahnya bagi tayangan percuma. Kalau dah bagi tayangan percuma, nak bagi apa kat suami nanti?
Suami anda setaraf dengan orang asing kah sampai apa yang suami anda
sahaja yang berhak lihat, anda sudah tayang percuma kepada orang lain.
3. Tudung Sarung Nangka
Pakai tudung ketat
sampai menampakkan segala yang ada di kepala, sehingga menampakkan
bentuk telinga sekalipun. Kalau kat telinga tu ada 7 subang, semuanya
nampak bentuk. Inilah fesyen tudung sesat yang dinamakan tudung sarung nangka yang semakin menjadi aliran muslimah masa kini. Ikut artis katakan…
4. Tudung Alien
Dinamakan tudung alien, sebab kepala si pemakai tudung ini memang sebijik dengan kapala alien. Tudung ini juga dikenali sebagai tudung bonggol unta.
Maksud hadis: “Ada dua golongan yang
akan menjadi penghuni Neraka yang belum lagi aku melihat mereka.
Pertama, golongan (penguasa) yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor
Iembu yang digunakan untuk memukul orang. Kedua, perempuan yang
berpakaian tetapi bertelanjang, berlenggang lenggok waktu berjalan,
menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka (sanggul di atas kepala mereka)
bagaikan bonggol (goh) unta yang senget. Kedua-dua golongan ini tidak
akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya.
Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang
sangat jauh daripadanya” [HR Muslim]
5. Tudung Papa Kedana
Kebanyakan yang pakai tudung papa kedana ni adalah golongan minah rempit sekolah.
Pakai tudung sebagai syarat masuk sekolah sahaja, bukan ikut hukum
syarak. Masakan tidak, tudung singkat sampai nampak tengkok. Love bite
kat leher pon boleh nampak. Mungkin terlalu papa kedana sampai tudung yang labuh sikit pun tak mampu nak beli. Bukan papa kedana bab ekonomi, tapi lu fikirlah sendiri…
6. Tudung Siput
Ni, tak tau nak terangkan macam mana bentuknya tudung siput ni… Tak terkata. Fesyen? Entah… Mungkin pembaca lebih arif. Macam fesyen Lady Gaga pun ada gak ni. Pelik betul…
7. Tudung Retis
Ini satu masalah besar lagi. Tudung retis
yang artis ni pakai, mesti jadi ikutan para remaja, seolah-olah artis
ni adalah seorang nabi untuk dijadikan ikutan. Alahai artis, berhentilah
kalian daripada terus memesongkan ummat daripada ajaran Islam yang
sebenar. Pakai la tudung yang elok-elok macam Wardina ke, Isma ke.
8. Tudung Muslimah
Inilah tudung yang benar-benar menyejukkan mata memandang. Mengikut hukum syarak, tidak menonjol, sopan, dan tertib. Tudung muslimah ini tidak jarang, tidak ketat, dan menutup dada :)
Katakanlah kepada wanita yang
beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan
janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak
dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya,
dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau
ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau
putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau
putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara
perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka
miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan
(terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat
wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui
perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada
Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. [ TMQ an-Nur(24):31]