Ahad, 8 Januari 2012

Aku belum tentu lagi menikahi lelaki yang aku cintai, tetapi aku akan mencintai lelaki yang aku nikahi



Semalam aku tidur awal. bajet penat sangat. kehkeh. tapi memang pun. sebab aku tengah demam. antibody semua dah ke laut perginya. apa-apa pun terima kasih lah kepada incikk demam sebab sudi melawat. aku terharuu. sobsob.

Bangun tidur aku pun slumber je bukak tudung saji then makan nasik goreng belacan buatan emak aku. perghh. terbaik. tambahan pulak ada perisa tambahan air liur basi sendiri di kiri kanan pipi. lagi lah berselera. apa? kau mampuuu? kohkoh.

semalam di sebabkan rakus sangat tidur, aku pun sampai bermimpi. mimpi peliks. tak pernah aku mimpi macam tu. mimpi kena patuk dengan ular. ular apa aku pun tak tahu ler. yang pasti warnanya kuning/putih. seremmmmm nii.pastu aku pun refer lah dekat embah aku, kata embah aku kalau ikut cakap orang-orang zaman dulu maknanya ada orang nak masuk meminang.

pastu, aku pun pergi lah search dekat pak cik google then aku jumpa benda alah ni;

Tafsir Mimpi:

@ Jika belum menikah dan mimpi digigit ular:
Alamat akan segera mendapat pasangan / jodoh.

@ Jika sudah menikah dan mimpi digigit ular:
Alamat akan memperoleh kemakmuran hidup.

@ Mimpi melihat ular:
Akan disukai orang ramai.

@ Mimpi melihat ular kecil yang tiba-tiba berubah menjadi naga:
Alamat akan ada orang besar menolong anda.

@ Mimpi melihat ular berwarna:
Alamat akan memperoleh kebahagiaan.

Tapi ada pulak yang cakap mimpi ular tu petanda buruk. kiranya ada orang yang sakit hati dengan kita then mintak pertolongan dari pengamal ilmu syirik. dalam erti kata yang mudah kira orang nak hantar sihir dekat kita lah if kita mimpi ular.

wallahu a'lam.

tapi kan, meminang? aku? hahaha. macam kelakar pulak. tapi andainya betol, kepada encikk bakal suami. sila fikir 100 kali sebelum pinang aku. kehkeh. pastu maybe bakal suami bolehlah baca Entry ni. sebab ada pasal my dream wedding. kehkeh. get ready lah encikk bakal suami!

tak pun boleh lah ohsem-ohsem semua refer dekat entry ni, Petanda jodoh kita. benar atau tak, hanya allah yang tahu kerana jodoh tu rahsianya. kita cuma mampu merancang. yang menentukan, tetap yang dekat atas tu :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan