Jumaat, 23 Disember 2011

ingin berniqab?? tapi....

Assalamu'alaikum..haaa..pagi lagi celik je terus bukak laptop! Then terdetik hati untuk membaca artikal niqab@purdah dalam blog usrah..so,lepas tu terfikir nak tanya pak cik google cara-cara nak buat purdah. FN pun search, alhamdulillah jumpa! ^_^
InsyaAllah akan cuba buat nanti..=)))


FN sebenarnya memang teringin nak memakai purdah! Puas FN cari di kedai-kedai tapi,tapi tidak ada! susah nak jumpa..=)) FN pun ada tanya cikgu menjahit FN, tapi dia kata dia tak tahu..dan dia perlu tengok contohnya, baru dia boleh buat.. Dan ingat lagi masa abang naza nak belikan purdah untuk kaq zehan, FN ada pesan belikan untuk FN tapi time tu stock dah habis, ketika itu harapan FN hanya pada dia..hihihi..tapi takda rezeki, maybe belum masanya lagi..~itulah hujah FN! Tidak dipilih lagi oleh-NYA untuk memakai purdah!

Pernah juga FN menyatakan hasrat pada mak untuk memakai purdah, kemudian mak tanya untuk ape? macam hantu jer? agak kecewa dengan jawapan itu dan FN kira mak hanya bergurau,dan maybe mak tak tahu hikmah disebalik memakai purdah! Walaupun begitu, FN tidak malu juga mengirim ole-ole [purdah] dari mak cik yang pergi menunaikan umrah! hihihih..=)) namun begitu FN juga tidak terlalu mengharap kemungkinan besar mak cik tak akan membelinya oleh kerana,mungkin mak cik akan mengalami kesukaran untuk berkomunikasi dengan peniaga disana..wallahu'aklam..sama-samalah,doakan yang terbaik untuk FN..(n_n)

**terkesan dengan ayat Imam Nawawi~FN juga tertarik padamu kerana agamamu,=))

So, harapan FN untuk memakai purdah hanya pada seorang suami yang soleh, yang menginginkan [mengizikan] isterinya untuk memakai purdah@niqob. InsyaAllah. =))
Means, selapas kahwin la kot..baru berkesempatan untuk memakai purdah,! amin..

oh~yer! apa hikmahnya apabila seseorang muslimah itu memakai purdah? Kalau ditanya pendapat FN la~
FN rasa sangat selamat dari segala fitnah, insyaAllah! sebab apa? apabila kita menjaga aurat kita secara sempurna, insyaAllah..Allah pasti akan menjaga kita dari segala kejahatan! Means,apabila kita berpurdah,automatically kita akan terdorong untuk tidak melakukan perkara-perkara yang boleh membawa kita kearah kemungkaran! insyaAllah..

contohnya: [maaf,FN agak lemah utk memberi contoh-so harap dapat terima]
**Kita tidak akan mudah untuk mendekati akhowat secara sembarangan, apatah lagi berjumpa berdua-duan.Bukankah itu akan mengundang fitnah??

**Kita juga akan mempunyai rasa malu yang menebal dalam diri untuk bercakap dengan orang yang bukan muhrim.

**last but not least-apabila kita berpurdah...maybe lisan kita aka terjaga! sebab ape?? bila kita berpurdah, maybe kita akan lebih banyak diam daripada bercakap! am i right? so, secara tidak langsung..kita boleh menjaga pertuturan kita daripada bercakap perkara yang sia-sia..insyaALLAH!

[ oh-yer baru teringat hujah yang kuat-mengapa FN nak memakai purdah? sebab FN sangat malu untuk berhadapan dengan orang,lebih-lebih lagi jika perlu buat presentation! so, apabila berpurdah, rasa malu untuk berhadapan di khalayak ramai akan kurang kerana..orag tidak akan mengenali muka kita dan hannya mendengar suara sahaja..=))) ]

FN suka contoh yang ketiga tu [hihih-buat cotoh sendiri-dan suka sendiri-hihih-malu!! ^^']
a.

so, lepas ni kalau korang dah sambung belajar di universiti, FN pasti, korang mmesti akan rinndu dengan cerita2 FN..hihihi FN xde kat blog pun korang dah bising..haha,lepas ni xdapat la nak dengar cerita FN lagi..oh~ SUNGGUH FN betul-betul sayangkan korang kerana Allah. Semoga ukhuwah yang dibina ini berkekalan hingga ke syurga..=))) aminnn!
So, moral bagi contoh yang ketiga: FN harap dapat kurangkan bercakap perkara-perkara yang lagho jika FN berpurdah suatu hari nanti-insyaAllah!

**mari hayati bait-bait ini..=))

Now, FN nak berhenti dah ni.."ok guys! I have to go"..actually..entri sepatutnya ringkas kerana FN just nnak bagi link "cara-cara nak buat purdah" tapi apabila dah buka cerita ni..dia jadi panjang!! i'm sorry-thankz for reading!
so, jika anda pengunnjunng blog ini ingin belajar nak buat purdah boleh la ke link ini---->


gud luck dear..^_^
c u later
wsalam..

Isnin, 12 Disember 2011

Persetankan Mereka2


Assalamualaikum.salam sejahtera.salam 1 malaysia.

Agak lama aku x buat entry baru,knp?? Sbb aku nk ambil sijil pelajaran Malaysia. Ape itu sijil pelajaran Malaysia?? SPM la kn. Klu x thu,nmpk sgt lh x peksa. Eh! Panjang sgt lak intro aku ni. Ok sbnrnye entry aku hari ni 12 disember 2011,hari sabtu,jam 0917 waktu Malaysia tentang bebudak pandai yg dpt GOOD dalam peksa KIMIA,BIOLOGI x layan sijil kmhrn Malaysia atau kursus2 kmhran cincai like kulinari,menjahit,baking,buat rambut n so on. Taraa! Panjang x tittle aku??. Tp boys girl,I x aim kt mne2 people. But,who eat cili.will taste the hot n spicy. Wow! Sangat teruk language b.i aku skang.walaupn dpt kepujian tinggi dlm trial. Ok continue,when spm is over(aku nye 6hb) felda akn beri borang permohonan untuk who yg meminati bidang2 kemahiran(cm dkt ats tu). But,who yg x hingin pon nk ambk. Jgn lah buat mke annoying sangat bila SDA FELDA masing2 bg boring tu. Thu lah pandai,buat x semestinya tak endah kn borang tu. Ni x when aku ask she,”kaw isi x boring tu?”, dy bole kate penting ke,wajib ke,.. hello pompuan. Ape kaw ingat bdk sains,bdk yg ambk biologi cm ko ni x bole ambk kemahiran ke?? Oh please lah girl. U make me annoying dn terase cm nk muntah. I btl2 sad dgn perempuan yg cm tu. Maria elana(korg knl x?) pon ambk jurutera,adk beradik kpd kmhrn. Kaw yg bhsa inggeris terabur. Biologi pn ckp2 mkn,nk ambk ape aku dgr hari tu?? Law. Oh men,nk jd lawyer kah @ loyar?? Gelak je kn dgn bdk yg cm tu?? Tp aku ta bole slhkn dy lah..sbb mungkin perangai dy mmg cm tu. Orang lawa,keja ape sume dpt. Mungkin itu moto hidup dy. Dn aku yg kurang lawa tp comel kne lah ambk kmhran,sbb peguam x nk org pki bju XL. Tp bidang kemahiran terima org yg pki baju smpi XXXXXXXXXXL saiznye. See what,bidang kmhran juga bole menjamin mase dpn. Aku pn nk buat PENGAKUAN,aku pon ambk kmhrn. Aku ambk menjahit baju wanita. When satu mse nti aku dah lawa cm dy,dn aku di terima jd lawyer. Aku bole menjahit baju aku sndri time senggang,time aku xad kes nk di settle kn. Xpyh aku nk tempah2 kt org. c2 aku da jimat duit. Aku bole bg parents aku money. Tp klu org yg ambk law atau time sek ambk biologi ni, baju pon repeat2.sdangkn mse sek dlu skali pki baju dh x nk pki dh smpi bla2 baju tu. Girls! Allah tu maha adil lg maha esa. Xperlu nk berdabik dada sdang kn Allah yg tentu kn qadak dn qadar kaw.

The moral of the entry,mane2 bidang bole menjamin mase dpn cme bergantung hanya pada kite. Klu kita x sombong cm girl ni,ingt pencipta kita,jge amalan akhirat kita. Confrm kt dunia kta akn berjya walaupn hnye sbagai pembuat kek dn lain2. Aku maafkn jelah dy walaupun dy mengoreskn hati aku dgn mengatakan “aku x minat kemahiran2,giat2mara,kolej komuniti ni”. Aku doakan dy berjaya dgn bidang loyar dy tu. Hsb SPM aku hrp sgt aku terputus tali terus dgn bebudak yg cm girl ni. Sbb perngai girl ni akn menjatuhkn kita utk berjaya. Ucapan terakhir dr aku untuk girl ni. Berfikir sebelum berkata,u silap klu nk rendah2 kn bidang kemahiran ni…… dn kpd semua yg membca,take iktibar klu nk dr entry ni. Ni kisah benar dr aku time sek kt SMK TRIANG 3. Aku repeat,ini bkn mengutuk @ ckp blkng cme aku nk luahkn ape yg ad dlm jiwa seorang pelajar kemahiran ni. Ni blog aku kn,aku berhak berkata dn bersuara tp tidak sehingga mengutuk . That’s all for today. Assalamualaikum. Klu x jawab dosa,klu jwab syg…..chillasss….

p/s→aku x mention nme sape2 dlm ni. Cm I kate mse intro td. Who eat cili,will taste the hot n spicy. X perlu nk angin klu x salah. Klu dh slah,ubh lah sikap. X terlambat lagi…..=)

Selasa, 11 Oktober 2011

Bismillah.

Assalamu’alaikum warahmatullah.

Alhamdulillah, segala puji hanya untukNya dan selawat serta salam adalah untuk Rasulullah, ahli bayt, para sahabat baginda dan tabi’in semuanya. Semoga Allah beri ganjaran setimpal dengan usaha mereka menyampaikan ilmu Allah di muka bumi ini.

Alhamdulillah, antara perkara diluar jangkaan saya dalam memasuki era alaf baru ini ialah masih ramai anak-anak gadis atau wanita yang berminat dengan purdah dan berkeinginan pula memakainya.

Selepas seorang demi seorang sahabat-sahabat saya menanggalkan purdah mereka, menyimpan jubah-jubah mereka, menyingkatkan tudung-tudung mereka bahkan me’make-up’kan wajah-wajah mereka dengan pelbagai rasional dan alasan, saya jangka saya akan bertambah sepi di dunia yang serba mencapah pelbagai tahap kemajuan ini. Saya sangka saya akan semakin tersisih dalam masyarakat Islam saya sendiri. Namun Allah memberi keterangan yang nyata kepada saya, jika sesuatu itu secara fitrah dan syariat memang ada hujjah di sisiNya, tiada siapa yang dapat menghapuskan amalan tersebut dari kalangan wanita yang mahu memilih purdah sebagai salah satu cara mendekatkan diri kepadaNya.

Sering juga saya mendapat soalan-soalan dari kaum wanita yang bertanyakan tentang purdah, tentang hasrat untuk memakainya dan cara bermuamalah dengan masyarakat serta kerjaya apabila berniqab.

Oleh kerana kita berada di zaman banyak restoran dan kedai-kedai makan, maka antara soalan yang dikemukakan ialah bagaimana cara wanita berpurdah mahu makan di tempat umum? Jika di Arab Saudi atau setengah restoran di Jordan, mungkin tiada masalah bagi wanita berniqab kerana di sana terdapat restoran yang mengasingkan ruang makan muslimin, muslimah dan keluarga.

Sebelum saya memberi respon tentang persoalan-persoalan di atas, sukalah saya berkongsi sedikit info di bawah bagi mereka yang berminat memakai purdah. Ia adalah hasil kajian Harlina dan sahabat-sahabatnya di KUIS. Sudah tentu tulisan di bawah kelihatan tidak sempurna namun ia mampu menyempurnakan lagi perbahasan sedia ada mengenai niqab. Oleh itu, dinasihatkan agar membaca juga perbahasan-perbahasan lain yang dinukilkan di dalam kitab-kitab salaf, buku-buku moden dan juga web serta blog.

Sebenarnya, sebahagian persoalan saya sudah jawab di ruang komen itu sendiri dan sebahagiannya saya jawab melalui email. Oleh kerana saya sering kesuntukan waktu menulisnya secara ilmiah, maka saya tidak paparkan di ruang hadapan blog ini.

Walaubagaimana pun, pandangan Harlina dan sahabatnya di bawah tidak mewakili pandangan saya secara peribadi. Oleh sebab itu, sehingga saat saya menulis ini, saya konsisten dengan jawapan-jawapan yang pernah diberikan di ruang komen. Seperkara lagi harus disedari, walaupun Harlina dan sahabat-sahabatnya berpegang kepada hukum wajib, namun mereka tidak menolak pandangan sebahagian yang berpegang kepada hukum sunat berpurdah. Jadi hukum memakai purdah tetap terdapat khilaf pandangan mengenainya.

Berdasarkan pengamatan peribadi saya, hukum memakai purdah sama ada wajib atau sunat berlandaskan nas-nas al-Quran dan hadis. Jadi saya tidak dapati wujudnya ruang kepada mana-mana individu, organisasi atau kerajaan untuk menilai (judge) pemakai purdah sebagai ekstrim, syadid, kolot, ketinggalan zaman dan seumpamanya.

Bila kita memahami asas dan kaedah-kaedah matematik dengan baik, insya Allah kita mampu menjawab apa jua bentuk soalan yang dikemukakan. Begitu juga dengan hukum memakai niqab, kita perlu memahami prinsip asas menutup aurat dan juga perbahasan-perbahasan pada perkara khilaf dengan baik, barulah kita akan merasa mudah melaksanakannya walau apa pun cabaran yang mendatang. Selain prinsip mengenai hijab itu sendiri, kita berkewajiban memahami prinsip-prinsip Islam yang asas pada ilmu aqidah, syariat dan akhlak. Ketiga-tiga struktur ilmu Islam ini jika difahami dengan baik, akan membantu kita menjadi muslim yang baik bukan sahaja pada penampilan, bahkan pada perkara yang menjadi akar dan buah pohon Islam itu sendiri yakni aqidah dan akhlak. Justeru itulah Allah berkata di dalam surah al-A’raaf ayat 26,

Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu pakaian menutup aurat kamu serta pakaian perhiasan dan pakaian taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur).

Insya Allah, saya akan menyambung sedikit demi sedikit respon terhadap soalan mengenai pemakaian niqab di blog ini.

Wassalam.

Ummu Abbas

9 Jumadal Awwal 1432H

11.41am.

Melbourne, Victoria.

***************************************************

SAYA NAK PAKAI PURDAH, APA PANDANGAN AKAK ?

by Harlina Al-Hamra on Tuesday, April 12, 2011 at 10:24am

Bismillahirrohmaanirrohiim.

Segala puji hanya bagi Allah.

Kita memuji-Nya, memohon pertolongan kepada-Nya dan memohon keampunan

kepada-Nya. Kita juga memohon perlindungan Allah di atas segala kesilapan

dan kesalahan diri kita. Mereka yang diberikan petunjuk oleh Allah, maka tiada

siapa pun yang dapat menyesatkannya daripada petunjuk tersebut. Dan

barangsiapa yang disesatkan oleh Allah, maka tidak siapa pula yang dapat

memberikannya petunjuk. Aku bersaksi bahawa tiada Ilah (tuhan) melainkan

Allah dan tiada sekutu bagi-Nya. Dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah

hamba Allah dan Rasul-Nya.

Seringkali ana mendapat soalan begini, sama ada seseorang menemui ana face to face atau menghantar SMS kepada ana.

SAYA NAK PAKAI PURDAH, APA PANDANGAN AKAK?

Ana suka mengingatkan ana dan sesiapa sahaja tentang beberapa perkara:

Selepas berbincang dengan Naqibah di sebuah institusi, alhamdulillah ana lebih mantap memahami hukum berpurdah setelah sama-sama mengkaji dengan Naqibah apakah sunat atau wajib yang sewajar-wajarnya menjadi pegangan kami? Oleh itu, kajian kami hendaklah berlandaskan pada kebenaran menurut al-Qur’an dan as-Sunnah.

Ana sebelum ini berpendapat wajib.

Begitu juga naqibah ana.

Oleh yang demikian, kami sama-sama menyatakan hasil kajian kami mengapa kami meyakini wajib berpurdah. Kami juga mengeluarkan hujah-hujah ulama’ yang mengatakan purdah ini sunat atau harus. Pelbagai hujah dikeluarkan daripada kitab Fiqh sampailah kepada buku-buku ringan tentang wanita dan auratnya. (Hujah yang tidak menghukum WAJIB purdah bagi wanita). Mengapa?

Ini adalah bagi memastikan kedua-dua kami bukan bertaqlid membuta tuli atau sekadar memahami pada surface sahaja. Alhamdulillah, kami boleh memahami kitab bahasa Arab dengan baik.

Ana tunjukkan hujah-hujah bahasa melayu yang telah ana simpan selama pengkajian ana.

Naqibah juga menunjukkan hujah yang diyakininya.

Ada tiga hujah yang kuat mengatakan seperti berikut: (Boleh rujuk pelbagai Kitab Fiqh): Hujah-hujah lain sengaja tidak disenaraikan di sini kerana tidak kuat untuk menyaingi hujah wajib.

AL-QUR’AN

Ana jelaskan bahawa Surah al-Ahzab (33:59) menunjukkan perkataan ‘jalabibihinna’ yang ditafsirkan ‘tudung’ bagi sesetengah ulama’ dan ‘purdah’ bagi sesetengah yang lain.

HADIS

Ana jelaskan bahawa ada tiga hujah yang kuat mengatakan seperti berikut: (Boleh rujuk pelbagai Kitab Fiqh):

  1. Dalil yang paling banyak dibentang dalam mana-mana buku tentang AURAT WANITA ialah hadis riwayat Saidatina Aishah bahawa Nabi bersabda kepada Saidatina Asma’, “ Wanita apabila sudah baligh seluruh tubuhnya adalah aurat kecuali ini dan ini”(Rasulullah s.a.w menunjukkan muka dan tangan).Boleh rujuk teks lengkap dalam Riwayat Abu Daud.

2. Dalil yang mengatakan seorang wanita telah menemui Rasulullah s.a.w semasa

ihram untuk bertanyakan soalan, kemudian Fudhail bin Abbas melihat wanita itu.

Rasulullah memusingkan wajah Fudhail ke arah lain supaya tidak memandang

wanita itu. Ini adalah kerana wanita itu tidak memakai purdah.(Pertikaiannya

ialah Rasulullah tidak mengarahkan wanita itu berpurdah sebaliknya hanya

memusingkan wajah Fudhail). Boleh rujuk teks lengkap dalam banyak kitab.

  1. Dalil ketiga ialah selepas menunaikan Solat Hari Raya, Rasulullah berkhutbah,

seorang wanita bangun dan bertanya soalan kepada Rasulullah, dalam hadis ini

menyatakan bahawa wanita itu wajahnya kemerah-merahan. (pertikaiannya,

Rasulullah tidak menyuruh wanita itu berpurdah, sebaliknya hanya menjawab

soalan-soalannya). Boleh rujuk teks lengkap dalam bnyak kitab.

Oleh yang demikian, kami berbincang tentang penjelasan ulama’-ulama’ bagi setiap hujah:

Bagi Surah al-Ahzab (33:59) menunjukkan perkataan ‘jalabibhinna’ yang ditafsirkan ‘tudung’ bagi sesetengah ulama’ dan ‘purdah’ bagi sesetengah yang lain.

Setelah berbincang, kami berpegang pada pendapat sahabat yang hidup pada zaman Nabi s.a.w iaitu Ibn Abbas yang menjelaskan bahawa perkataan ‘jalabibhinna’ ini bermaksud seluruh tubuh wanita wajib ditutup kecuali mata. Ini adalah kerana pada pendapat kami beliau adalah ulama’ tafsir yang paling memahami apa yang dimaksudkan dalam ayat al-Qur’an yang mulia ini kerana beliau hidup di zaman Nabi s.a.w.

Oleh itu, sebarang hujah ulama’ lain yang menghukum ia sebagai tudung tidak dapat dijadikan hujah memandangkan banyak ulama’ lain mentafsirkan bahawa ia bermaksud purdah juga. Oleh kerana pendapat ulama-ulama adalah pelbagai, tafsiran yang paling rajih sekali ialah melalui mufassir yang hidup pada zaman Nabi s.a.w. Oleh yang demikian,tafsiran yang paling rajih adalah tafsir Ibnu Abbas. Wallahua’lam.

Manakala bagi hadis pula:

Dalil yang paling banyak dibentang dalam mana-mana buku tentang AURAT WANITA ialah hadis riwayat Saidatina Aishah bahawa Nabi bersabda kepada Saidatina Asma’, “ Wanita apabila sudah baligh seluruh tubuhnya adalah aurat kecuali ini dan ini”(Rasulullah s.a.w menunjukkan muka dan tangan).

Setelah berbincang, kami berpendapat seperti berikut: Hadis ini diriwayatkan oleh Abu Daud, oleh yang demikian kami rujuk kitab hadis Abu Daud dan mendapati bahawa Abu Daud mengatakan bahawa hadis ini mursal iaitu terputus sanadnnya, oleh yang demikian, tidak dapat dipastikan kesahihannya. Ini adalah kerana Khalid bin Duraik dikatakan tidak berjumpa dengan Saidatina Aishah r.ha. Oleh yang demikian, hadis ini tidak dapat menyangkal ayat al-Qur’an yang ditafsirkan oleh Ibnu Abbas dan tidak pula bertentangan dengannya. Ini adalah kerana tidak dapat dipastikan kesahihannya kerana Abu Daud sendiri yang meriwayatkannya dan tidak pasti kesahihannya.

Dalil yang mengatakan seorang wanita telah menemui Rasulullah s.a.w semasa ihram untuk bertanyakan soalan, kemudian Fudhail bin Abbas melihat wanita itu. Rasulullah memusingkan wajah Fudhail ke arah lain supaya tidak memandang wanita itu. Ini adalah kerana wanita itu tidak memakai purdah.(Pertikaiannya ialah Rasulullah tidak mengarahkan wanita itu berpurdah sebaliknya hanya memusingkan wajah Fudhail)

Kami berpendapat seperti berikut: Hadis ini dipertikaikan oleh ulama’ yang menghukum tidak perlu menutup muka ialah kerana Rasulullah tidak memerintahkan wanita itu menutup muka sebaliknya hanya menolehkan wajah sahabatnya Fudhail. Manakala menurut ulama’ yang menghukum wajib menutup wajah mengatakan bahawa ini berlaku ketika ihram. Sebagaimana kewajipan memakai purdah adalah terkecuali ketika solat dan ihram, maka wanita ini tidak wajib berpurdah kerana sedang berihram. Sebab itu, Rasulullah hanya menolehkan muka sahabatnya dan tidak memerintahkan wanita itu menutup mukanya. Oleh yang demikian kedua-duanya mempunyai hujah yang seimbang. Wallahua’lam.

Dalil ketiga ialah selepas menunaikan Solat Hari Raya, Rasulullah berkhutbah, seorang wanita bangun dan bertanya soalan kepada Rasulullah, dalam hadis ini menyatakan bahawa wanita itu wajahnya kemerah-merahan. (pertikaiannya, Rasulullah tidak menyuruh wanita itu berpurdah, sebaliknya hanya menjawab soalannya)

Kami berpendapat seperti berikut: Hadis ini menjadi hujah bagi yang mengatakan pemakaian purdah tidak wajib kerana wajah wanita yang berdiri itu kemerah-merahan, oleh yang demikian ia jelas terbukti wajahnya kelihatan. Namun pendapat ini dipertikaikan oleh ulama-ulama’ yang menghukum wajibnya purdah kerana hadis ini tidak tercatatkan bila, oleh itu terdapat kemungkinan ia berlaku pada solat hari raya antara tahun-tahun sebelum tahun kelima hijrah. Ini adalah kerana kewajipan menutup aurat diperintahkan pada tahun kelima hijrah sedangkan kewajipan solat hari raya pada tahun kedua atau ketiga hijrah. Selain itu, wanita ini juga berkemungkinan telah tua bangka kerana wanita yang telah menopause atau tiada berkeinginan berkahwin diizinkan menanggalkan purdahnya berdasarkan ayat al-Qur’an Surah an-Nur ayat ke-60. Oleh itu kedua-dua hujah adalah seimbang. Wallahua’lam.

Kesimpulannya, kami berpegang pada aurat wanita yang wajib ditutup adalah seluruh tubuh kecuali mata di hadapan lelaki ajnabi kecuali ketika solat dan ihram.

Oleh yang demikian tiada pertikaian mengenai menutup dahi atau tidak dan memakai sarung tangan atau tidak. Bagi yang berpegang pada sunat, perlulah berdasarkan dalil yang rajih yang telah dikaji begitu juga bagi yang berpegang pada wajib perlulah didasari kajian dan penelitian dalil yang adil dan bukan ikut-ikutan.

Bagi mereka yang berpegang pada wajib, namun tidak mendapat restu ibu bapa. Wajib berpurdah kerana kita bertanggungjawab pada Allah bukan pada manusia. Walaupun ibu kita menangis dan memulaukan kita. Kita wajib taat pada Allah. Tidak ada ketaatan pada ibu bapa di atas perkara-perkara maksiat. Adalah kemaksiatan bagi seorang ibu menyuruh anaknya menanggalkan purdah sedangkan anaknya berhukum pada wajib berdasarkan dalil yang paling rajih yang telah dikajinya. Oleh yang demikian seseorang itu tidak boleh dipaksa untuk meninggalkan mazhab pegangannya. Jika dia berpegang pada wajib memakai purdah, maka tiada sesiapa boleh menghalang atau mengatakan ia wahabi atau ekstremis (berlebih-lebihan). Ini adalah kerana setiap orang ada mazhabnya sendiri dalam Fiqh, dan oleh itu tidak boleh mengatakan orang salah atau menuduh sembarangan atau menuduh orang lain berlebihan hanya kerana ORANG LAIN YANG BERBEZA PANDANGAN sedangkan dia telah mengkaji tentang hukum tersebut. Maka, wajib atau sunat itu pendapatnya. Begitu juga apabila seseorang itu telah mengkaji bersungguh-sungguh tentang hukum purdah dan menghukum ia sebagai sunat, maka tiada sesiapa boleh memaksanya. Ini hanya dalam hal jika ia TELAH MENGKAJI DAN MENDALAMI ILMU MENGENAINYA.

Wallahua’lam bissowab.

HUKUM BERPURDAH...

Assalamualaikum....

Alhamdulilah..

Pemakaian purdah ataupun nama lainnya ialah Niqab adalah perkara yang didalamnya terdapat khilaf dikalangan Ulama.Khilaf ini dikenali dengan nama Khilaf yang Muktabar.Khilaf yang muktabar ialah khilaf yang berlaku antara ahli ilmu yang mereka semua mempunyai dalil yang diterima di sisi kaedah penghujahan syarak atau perkara yang tiada dalil yang jelas mengenainya, atau mereka berbeza pendapat kerana ketidakjelasan dalil. Maka hukuman yang diputuskan fuqaha dalam masalah tersebut bersifat ijtihadiyyah.

Majoriti Imam mazhab, termasuklah Imam mazhab fiqh yang empat, dan yang lainnya juga - berpendapat bahawa seseorang wanita itu tidak diwajibkan menutup muka dan juga tangan. Akan tetapi, ada golongan sarjana/ulama, yang majoriti mereka daripada mazhab Hanbali, mengajar supaya wanita mestilah menutup muka(berpurdah) dan juga tangan.

Di zaman ini, antara ulama yang menegaskan wajah wanita adalah aurat ialah al-Syeikh Ibn Baz r.h. ( mufti Saudi yang telah meninggal ) dalam fatwa-fatwanya yang banyak, diikuti oleh para ulama di Saudi. Sebelum itu ‘Abu al-‘Ala al-Maududi r.h. dalam bukunya al-Hijab juga menegaskan akan hal berpurdah ini.
Sementara yang menyatakan wajah wanita yang bukan aurat ialah majoriti ulama semasa, antaranya Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam bukunya al-Niqab li al-Marah”,dan al-Syeikh Nasir al-Din al-Albani r.h. dalam Jilbab al-Marah al-Muslimah fi al-Kitab wa al-Sunnah” dan kitabnya yang terakhir sebelum beliau meninggal sebagai jawapan dan tambahan kepada kitab tersebut iaitu Al-Radd al-Mufhim. Begitu juga Muhammad al-Ghazali r.h. dalam banyak tempat dalam buku-bukunya.


Sarjana Islam terkemuka, Sheikh Iqbal Nadvi, Imam Masjid Calgary, Alberta, Kanada, dan bekas Profesor di Universiti King Saud, Arab Saudi, berkata:

Isu niqab (menutup seluruh badan termasuk muka dan tangan) adalah syarat asas dalam pemakaian hijab (pakaian wanita Islam) dalam satu mazhab, manakala niqab itu adalah bahagian yang digalakkan (disunatkan) dalam pemakaian hijab bagi mazhab lain. Tetapi apa yang telah disepakati oleh para ulama mazhab ialah menanggalkan niqab/tidak memakai niqab (iaitu dengan mendedahkan muka) atas sebab-sebab yang tulen/sebab yang bukan dibuat-buat, seperti untuk tujuan pengenalan diri dan perubatan.


justeru itu, tidak wajar untuk seseorang berkeras menganggap munkar apabila melihat seorang muslimah berpegang dengan mana-mana pendapat dalam hal ini. Namun perbincangan dan perbahasan secara ilmiah untuk mencari pendapat yang lebih rajih adalah dialu-alukan dan digalakkan.
Sehubungan itu,tidak wajarlah kita memperlekehkan atau menganggap 'TIDAK BERFAEDAH' seorang muslimah itu,apabila tidak istiqomah dalam pemakaian purdah.Lagi-lagi apabila muslimah itu hanya buka apabila berada di kelas/kuliah yang memerlukan mereka membuka niqab tersebut.Hormatilah muslimah-muslimah ini yang cuba melaksanakan sesuatu yang beliau faham dan berpegang pada salah satu pandangan ulama ini.Semua ini mereka lakukan semata-mata utk mendapat keredhaan Allah.bersangka baik itu adalah salah satu ciri orang yang beriman.


WaAllahualam...

#untuk bacaan lengkap sila baca kitab fatwa mauasirah,oleh Al-Imam Yusuf Al-Qardhawi.

Sabtu, 6 Ogos 2011

TEKNOLOGI SEUMUR HIDUP AKU....=)

~Assalamualaikum dn selamat hari ahad(what means)~

today i nk story2 about handphones yg i have useded selama i hidup 16 thn 38 hari(17 thn larh). i start gne handphones time 2 umur 11 thn(klu x slp lah). mse 2 tga gian nk pki handphones sbb i tgk bdk kampung(felda) tga xcited pki handphones. mse tu n3310 tga popular dn msh mhal lg. sape yg pki n3310 mmg seorang yg sangat lah loaded.. i lak mse 2 pki siemens c25.....
ni handphone yg pertama i pakai...... sangat klasik tp sangat elegan for me time 2..huhu..siemens c25 ini kini telah tersimpan didalam peti bilik aku..

handphones kedua yg i pakai ialah motorola c168. ayah bli kn dkt ioi mall kulai thun 2006 klu x silap. first time dpt handphones yg xad pencawang.. hahaha.. sangat nipis. setiap hari akan menukar ringtone,nada mesej dn mengodam handphones ni.. sampai aku bosan....


tadaaa!! aku pki handphone ni.. sampai tingkatan 2... lme kn... dn klu korang nk thu ni lah rse nye handphone yg pling lama aku pakai(agaknye kot)

tp dlm pd mse yg sme.. aku memakai n3310 gk.. sbb aku pki 2 nombr... kedua2 handphone ni aku pki mse form 2.


ni handphones pertama yg aku pki ad mp3~ ngage~.. tp handphones ni si dia yg hadiahkan dkt aku tanda kasih dekat aku(kononya)... to lepas 3 bulan aku pakai,.,,,hehehe aku track in bli handphones bru... aku nk try pki slide nye model lak.....dn i bli n 5300..xp nye tau..
cool x??? mmg cool kn... tp i pki pon x lme jugak... dlm 2 weeks je.. i track in juga sbb i da bosan... bla dh ad duit.. i bli model lipat lak... n6260...
ni dia n6260.. nice..elegent...omg!!!!! tp handphones ni hilang(forget when)... tp pastu si dia bli kn i motorola e7 pula...ni dia motorola e7.... sangat mewh. nipis,dn cantik!!!! pastu handphone ni rosak... jth dlm blik air....(bkn dlm jamban)... dn akhirnye aku kembali memakai handphone murah......=(


n1200.. tp senang pki handphone ni.. sbb kita xpyh rsau when jth atau hilang... ske sangat.. dn ia mudah dibawa kemne2 termasuk tandas dn
sekolah.....hehehe=)


selepas memakai handphone murah.. aku kembali memakai handphones mahal... tp x la mahal sangat.. tp handphones ni ghaib tiba2.. haha n5200..R.I.P

ni handphones hadiah dr si dia yg kedua... orang lain lak yg bg ni.... bkn org yg sme... n6630..orang pgl lesung.. aku pki handphones ni sme dgn aunty roszmah aku... cute je bla kmi memperagakan handphone ni bersama2..haha dn handphones ni msh ad hingga kini.. mama yg pakai... bia dyowg adk beradik pki handphones yg sme lak...

ni first time aku pki sony ericsson k810i
.. kamera dia sangat cantek... tp handphone ni meninggalkan aku buat sementara... sbb bia ku saja yg thu..=(.. tp 31/12/2011 ni.. aku akn dpt kembali my first sony in my life...=)



dn sekarang ni aku pki handphone keluaran nokia.... ni pula handphone yg aku pki selepas k810i 2 R.I.P untuk sementara... n1110. handphone ni sme cm n1200 simple.xperlu nk risau ape2.. dn handphone ni.. mmg btl2 R.I.P.. dy xkn kembali dkt akuu dh......=(


mcm2 jename aku pakai. last2 skrg ni i kembali kpd nokia.. because im falling in love larh dgn nokia nye brand wlaupn jenama motorola jname handphone aku... nk thu model ape???


i punya colour black. sangat cantik mcm blackberry. nampak mewah tp murah je.. so i xpyh hbs kn duit bli blackberry yg mhal2 2... huhuhu=).. handphone ni i pki no celcom 97675706....XD..



handphone ni n2760 i pki untuk no mxs... 79485074..XD...
i pki dua sbb popular sangat kot(annoying),=P


itulah teknologi dlm hidup aku dr dlu hingga kini... semua jenis handphone aku da pki cme samsung galaxy je blum lg.. mungkin coming soon(cm wayang),,



tu dia.... samsung galaxy.. kegilaan rakyat korea sekarang dn i pon x terlepas jugak lh... walaupn i malaysian...huhuhu..=)...

so now,korang tertanya2 x siapa insan@si dia yg bermurah hati sangat dermakan aku motorola e7,dgn n-gage.. ini dia insan yg bermurah hati itu....

tp hubungan kami sudah lama R.I.P..

JANGAN sedih2,touching2... cool je k.. hehehe.. thats all for today,
assalamualaikum,klu x jawab dosa. klu jawab sayang......
mmmuuahhhh!!!!
~LOL FROM ME~